Friday, May 28, 2010

Perjalanan

Perjalanan dalam pencarian dimulakan semula. 
Setelah sekian lama ia terhenti... suatu seruan telah membangkitkan kembali getaran yang sekian lama terpendam dan dipendam... walaupun ianya tidak pernah padam. 

Diliputi oleh noda dan dosa, kelalaian dalam penipuan yang maha besar dan keseronokan yang memperdaya.

Apakah aku yang mencari ?... ataukah aku yang dicari? 

Terasa kepedihan dan luapan yang memandang segalanya sepi. Segalanya terlalu merosakkan, mengecewakan dan segalanya tiada maknanya lagi. Kecuali.....

Aku tinggalkan segalanya buat sementara waktu... tanpa ada perbekalan yang mencukupi (atau pernahkah ia cukup?) tanpa tujuan yang pasti (atau pernahkah ia pasti) aku bergerak menuju kepada.... . 
 Apakah aku yang meninggalkan?... ataukah aku yang ditinggalkan?

Didalam kegelapan pencarian, aku menuju kearah yang tidak pasti kemana arah tujuannya... mujurlah percikan yang kelihatan dari kejauhan telah membawa kepada kedekatan perjalanan walaupun sinar yang dicari masih tidak pasti dimana arahnya.

Apakah arahannya? Apakah kehendaknya? Apakah tujuannya? Apakah rahsianya?

Percikan menjadi suluhan sinaran yang membawa kepada limpahan cahaya keserata alam.

Apakah sinarnya akan terus kekal dan berkembang...

Ataukah ia akan ditelan kegelapan yang mencengkam...

Kerana keangkuhan dan kebodohan KEAKUAN?

Apakah aku memilih atau dipilih?