Monday, May 31, 2010

Solat sunat hadiah/ sunat teman

Solat hadiah..solat teman

Baru-baru ini ana menghadiri majlis pengkebumian, kemudiannya ana terdengar berkenaan solat sunat hadiah. Solat sunat ini dikatakan dapat membantu menenangkan roh si mati yang baru berpindah ke alam barzakh. Maka ana membuat sedikit pencarian berkenaan solat ini, sebelum mengambil keputusan untuk mengamalkannya.

Dapatan ana seperti berikut:
Solat Sunat Hadiah
1. Setelah jenazah itu di kuburkan pada siangnya, maka pada malamnya, sesudah Maghrib atau sesudah Isyak, bolehlah dilakukan sembahyang Hadiah.
2. Lafaz niatnya:
Ushalli sunnatal hid-yati rak'ataini lillahi ta'ala
Ertinya:"Sahaja aku sembahyang hadiah dua raka'at sunat kerana Allah ta'ala"

3. Bacaan ayat atau surah selepas Fatihah pada raka'at pertama dan kedua adalah sama iaitu: Ayatul-Kursi sekali





Kemudian, surah at takasur, sekali


Dan Surah Al-Ikhlas sepuluh kali.



4. Lakukanlah yang dua raka'at itu sebagaimana sembahyang-sembahyang sunat yang lain, sehingga sampai kepada salam.
5. Selepas memberi salam, maka berdoalah kehadrat Allah, agar sembahyang hadiah itu disampaikan Allah kepada orang yang dimaksudkan. Doanya ialah seperti berikut:
Allahumma inni solla itu haazihis solaati wa-anta ta'lamu maa uriid. Allahummab 'ath thawaabahaa qabri falaanib ni fulaan.
Ertinya:"Ya Allah, Sesungguhnya aku telah menyembahyangkan sembahyang ini, dan Engkau Maha Mengetahui apa yang aku maksudkan. Ya Allah, Mohonlah aku kepadaMu, agar engkau sampaikan ganjaran/pahalanya kepada kubur sifulan bin/binti fulan."
Sumber-sumber :
i) hashimhabeed.aeropama.com/sembahyang-sunat-hadiah
ii) politikbanjar.blogspot.com (tazkirah 4)
iii) bicarasufi.com


Halaman web bicara sufi melalui “posting” turut menampilkan fatwa daripada beberapa mufti berkenaan solat sunat ini.
Persoalan dan Fatwanya adalah seperti berikut :

Fatwa dari Negeri Pulau Pinang

Jawatankuasa berpendapat tidak ada satu sembahyang yang dinamakan sembahyang hadiah kepada mayat, apa yang difahamkan daripada hadith ialah sembahyang sunat mutlak sepertimana yang terdapat didalam Kitab Nihayatuz-Zain (m/s 107)

Maksudnya: Setengah daripada sunat, sembahyang 2 rakaat bagi mayat sesudah di tanam.

Berdasarkan riwayat, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Maksudnya: Pada malam pertama mayat dikebumikan, keadaan mayat itu berada didalam keluh kesah. oleh kerana itu, kasihanilah kamu untuk mengurangkan keluh kesah mayat itu dengan bersedekah. Jika tidak mampu bersedekah sembahyanglah 2 rakaat, bacalah padanya pada tiap-tiap rakaat satu kali fatihah, satu ayat kursi, satu kali al-Takathur dan 10 kali surah al-Ikhlas dan hendaklah berdoa sesudah memberi salam.

(turut dirujuk melalui e-fatwa.gov.my)

Fatwa Mufti Johor
Soalan:
(a) Apa hukum sembahyang hadiah bagi mayat?
(b) Apa hukum fiddiyah sembahyang? Adatkah ia @ ibadat. Jika boleh dibuat dengan cara manakah yang bersih? Dengan cara masa kini adakah diperakukan oleh syara’?

Jawapan:
(a) Tidak sah kerana tidak ada terdapat hadith berkenaannya Hadith daripada Nabi S.A.W dan kerana sembahyang itu ibadah badaniyyah dan tidak mungkin mengatakan boleh memperbuatnya ganti orang lain melainkan dengan ada dalil, padahal tidak ada dalil yang mengharuskan berbuat demikian.

(b) Tidak harus di sisi Imam Al-Syafei fidiah sembahyang, dan ada pendapat disisi Mazhab Hanafi mengatakan harus.

Terpulang kepada anda untuk mengikut yang mana. Kedua-dua pendapat datang daripada golongan yang lebih memahami.

Walaubagaimanapun… cubalah kita fikirkan sejenak keadaan-keadaan berikut…

1) Menziarahi mayat, bacakan doa, keluar dan berbual bual hal-hal lain…

2) Menziarahi mayat, rasa sedih, bacakan doa, sembahyang jenazah, keluar berbual dan bergelak ketawa semula….

3) Menziarahi mayat, bacakan doa, sembahyangkan jenazah, datang tahlil kemudian duduk bersembang hal-hal lain (diselang seli dengan gelak kecil atau besar-esok datang tahlil lagi)…

4) Menziarahi mayat, berdoa, sembahyang jenazah, datang tahlil (atau tidak) dan diteruskan dengan sembahyang sunat serta doa-doa untuk simati moga-moga Allah sampaikan padanya, berbual sekadarnya dan lebihkan doa untuk arwah serta tazkirah pada diri sendiri….

Fikirkan dan pilihlah keadaan diatas…

ADAKAH KEMATIAN SUDAH TIDAK MENIMBULKAN KEINSAFAN???

Friday, May 28, 2010

Perjalanan

Perjalanan dalam pencarian dimulakan semula. 
Setelah sekian lama ia terhenti... suatu seruan telah membangkitkan kembali getaran yang sekian lama terpendam dan dipendam... walaupun ianya tidak pernah padam. 

Diliputi oleh noda dan dosa, kelalaian dalam penipuan yang maha besar dan keseronokan yang memperdaya.

Apakah aku yang mencari ?... ataukah aku yang dicari? 

Terasa kepedihan dan luapan yang memandang segalanya sepi. Segalanya terlalu merosakkan, mengecewakan dan segalanya tiada maknanya lagi. Kecuali.....

Aku tinggalkan segalanya buat sementara waktu... tanpa ada perbekalan yang mencukupi (atau pernahkah ia cukup?) tanpa tujuan yang pasti (atau pernahkah ia pasti) aku bergerak menuju kepada.... . 
 Apakah aku yang meninggalkan?... ataukah aku yang ditinggalkan?

Didalam kegelapan pencarian, aku menuju kearah yang tidak pasti kemana arah tujuannya... mujurlah percikan yang kelihatan dari kejauhan telah membawa kepada kedekatan perjalanan walaupun sinar yang dicari masih tidak pasti dimana arahnya.

Apakah arahannya? Apakah kehendaknya? Apakah tujuannya? Apakah rahsianya?

Percikan menjadi suluhan sinaran yang membawa kepada limpahan cahaya keserata alam.

Apakah sinarnya akan terus kekal dan berkembang...

Ataukah ia akan ditelan kegelapan yang mencengkam...

Kerana keangkuhan dan kebodohan KEAKUAN?

Apakah aku memilih atau dipilih?